Laksa Johor

Laksa ni antara laksa kayangan ye hahahhaa sbb mahal so jarang lah jumpa kat kedai, kalau nak buat sendiri (makan kena pakai tangan)

BAHAN-BAHAN
2 bungkus spaghetti
2 biji bwg besar
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit


(Blend kesemuanya kecuali serai ketuk)
-------
4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
4 sudu besar rempah Kari ikan
4 sudu besar kerisik Akasa Malaysia
2 kotak santan
4 Asam keping
-------
4-5 ekor ikan ikan kembung/selar/selayang/parang) -apa sahaja jenis ikan
5-6 ekor Udang basah
Udang kering (blend)
Ikan masin kurau (blend)

Rebus buang tulang dan blender isinya guna air rebusan.Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.
--------------

CARA-CARANYA
1. Tumis bahan kisar dan serai hingga keluar minyak.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
6. Masukkan garam dan gula perang/melaka.

--------
BAHAN HIASAN
Timun
Kacang panjang
Daun kesum/Daun selasih
Bunga kantan
Bawang holland
Limau kasturi
Sambal belacan

SELAMAT MENCUBA

Kredit Nuryusra Ibrahim


Nazri Mat Nor

5 Blog posts

Comments